SHAFIK CILI PADI SUDAH MENJADI BAPA

Gambar Shafik (10 tahun) dalam siri drama Cili Padi arahan Aziz M Osman suatu masa dulu.

Gambar terkini shafik atau Nik Fariz Nik Fadzil, 27 tahun
Lama tak dengar citer pasal Shafik atau Nik Nik Fariz Nik Fadzil yang suatu masa dulu popular dengan siri Cili Padi.
Difahamkan Shafik telah menutup terus hatinya untuk menjadi pelakon. Sekarang Shafik bahagia bersama isteri,Khairun Nisa Abdul Halim, dan anak perempuannya,Nik Zara Ariana.
Kini dalam meniti usia 27 tahun, Nik Fariz yang mesra disapa Shafik sudah bergelar seorang ayah!
Pantas benar masa berlalu dan Shafik kini juga meniti kebahagiaan di samping isterinya, Khairun Nisa Abdul Halim, 27, yang bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Bukit Bintang, Petaling Jaya serta puteri sulungnya, Nik Zara Ariana, dua bulan.
Mengimbas kembali sejarah penglibatannya sebagai pelakon, barangkali ramai yang tidak tahu, sebetulnya penglibatan Shafik dalam bidang lakonan hanyalah secara kebetulan sahaja.
Semuanya terjadi ketika dia dalam perjalanan ke Kelantan pada musim cuti persekolahan pada tahun 1993 bersama ibunya, Rukiah Ab. Rahman.
"Masa tu mummy ajak saya singgah ke pejabat Nizarman dan kebetulan uncle Aziz (Aziz M. Osman) sedang mencari pelakon kanak-kanak untuk watak Shafik.
"Apabila nampak saya, uncle Aziz suruh saya buat pelbagai memek wajah depan cermin. Saya disuruh ketawa, marah dan mengucapkan beberapa dialog.
"Selepas semuanya selesai, uncle Aziz terus pilih saya memegang watak Shafik!" cerita Nik Fariz dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Bagi Nik Fariz, penglibatannya dalam bidang lakonan satu perangkap yang pada akhirnya menimbulkan keseronokan.
Ini adalah kerana, ayahnya, Allahyarham Nik Fadzil Nik Hassan yang juga penerbit Feugo Filem Sdn. Bhd. tidak membenarkan Nik Fariz melibatkan diri dalam bidang lakonan.
"Arwah ayah memang tidak bagi saya berlakon tetapi apabila mendapat tahu saya berjaya dalam uji bakat itu, ayah tidak boleh buat apa-apa dan memberi keizinan.
sumber : utusan