Celahan Nixm disambut dengan muka penuh tanda soal. semua yang ada di situ memandang tepat ke arah mukanya menantikan penjelasan lanjut. Kecuali permaisuri medina dan lowkey sang penyiasat.
"em..betul..muka mereka melecur teruk. bukan dari kesan api. tetapi dari kesan gas. selepas kepala mereka ditetak putus, muka mereka semacam didedahkan kepada ruapan gas yang menghakis. dan kami rasa ianya gas Iprit. macam mane tuan temenggung boleh tau muka mereka jadi macam tu?",kata lowkey.
"...tragedi tahun lepas.. tak mungkin...tiada seorang pun yang patut tahu tentang kejadian itu kecuali al-marhum raja ray dan arwah bendahara GBM. mana kamu tahu tentang perkara tu temenggung nixm?", tambah permaisuri medina sambil rasa kurang senang dengan lirikan senyuman Nixm itu.
"oh, memang tugas patik untuk tahu semua rahsia gelap wilayah MPG ni..yang baik...dan yang korup...", kata Nixm,sinis.
seakan refleks tanpa kawal terhadap kata2 nixm itu,cloud pantas mencengkam leher nixm sambil berkata,"biadab...". lalu dibalas juga sepantas kilat dengan ludahan nixm tepat ke mukanya. nasib baik cloud memakai helmet perisai. jika tidak mesti dah kena muka. "kurang ajar!!", bentak cloud. nixm hanya tersenyum sambil mengesat lebihan air liur di bibirnya. "kau tu mentah lagi. jangan campur urusan orang lama.", kata nixm dengan pandangan sedingin syaitan ais.
"sudah!!!," potong medina. "hantar beta balik. lepaskan dia cloud. koro, tinggal di sini dan laporkan kepada beta perkembangan kes ni." medina terus keluar meninggalkan bilik itu.
cloud menanggalkan helmetnye dan mencampaknye ke dinding. "jage ko nanti..",getus hati kecilnya sambil berlari2 anak mengejar permaisuri medina. nixm juge beredar dengan skuad gelapnye selepas mendapatkan butir2 tentang kes itu . semua org sudah tiada,meninggalkan hakim koro, lowkey sang penyiasat serta orang2 yang bertugas membersihkan kawasan itu.
tibe2, seorang petugas itu datang ke arah koro dan lowkey. "erm, kami jumpe mende ni, mungkin pihak berkuase terlepas pandang", kate petugas itu. sekeping plat perak kecil bertulis "oni". lowkey menyambut plat itu dan berkata kepada hakim koro,"ikut saya ke makmal untuk analisis benda ni?". "jom",sambut koro.
sedang mereka menunggu analisis itu, lowkey bertanya kepada koro, "erm, hakim koro tahu tentang kejadian yang temenggung nixm katekan tu?".
"rahsia kerajaan tu lowkey, saya pun tak tau,"jawab koro.
lowkey berjalan ke arah tingkap dan pandang ke langit. dalam kpalenya ligat bermacam2 soalan.
apa sebnarnye tragedi taun lpas tu?
apa kaitan almarhum raja dan arwah bendahara?
kenapa permaisuri nampak gusar ketika temenggung kata macam tu?
siapa sebenarnya yang kena bunuh dalam rumah tu?
oni?
lamunannye terhenti apabila dr mary dan pembantunya datang bersama hasil ujian makmal.