Welcome to Gaia! :: View User's Journal | Gaia Journals

 
 

View User's Journal

Report This Entry Subscribe to this Journal
Apa2 Aje .w.
Sharing is caring lalalalala
Tidak disangka bahawa pada hari itu Encik Talib akan terlibat dalam kecelakaan. Jika bernama 'takdir', maka tiada orang yang dapat mengelakkan diri daripadanya. Maka terhumbanlah kenderaan yang dipandu oleh Encik Talib itu dan terhempas pada bahu jalan. Dia tidak menyedarkan diri setelah kenderaannya tunduk akur kepada graviti.

Setelah dibuka kelopak matanya, Encik Talib mendapati bahawa dia sedang terlantar di wad hospital dan dilawat oleh isteri serta anak-anaknya. Maka gembiralah si hati isteri melihat suaminya telah celik dari tidurnya.

Ternyata ada seseorang jejaka yang tidak dikenali bersama anak-anaknya. Maka ditanya oleh Encik Talib akan gerangan jejaka itu.

"Adakah engkau yang menyelamatkan aku daripada kecelakaan itu?" Encik Talib bersua.
"Tidak. Bukan aku." kata si jejaka itu.
"Jadi siapakah insan yang menyelamatkan aku?"
"Tidak disuruh untuk aku memberitahu namanya."
"Maka akanku cari si fulan itu setelah aku sembuh."

Maka dicarinya si fulan itu setelah dia sembuh. Minit menjadi jam, jam menjadi hari, hari menjadi minggu dan minggu menjadi bulan. Masih tidak ditemui si fulan yang menyelamatkannya.

Jadi dia bertanya kepada isterinya, "Adakah engkau tahu siapa yang menyelamatkan diriku?"
"Tidak. Apakah yang engkau akan lakukan setelah bertemu dengan si fulan?"
"Aku mahu berterima kasih kepadanya dan akan ku berikan sesuku daripada hartaku kepadanya"
"Akan terjadilah jika ianya ditakdirkan begitu."

Suatu hari Encik Talib dilawat oleh jejaka yang melawatnya di hospital dulu. Gembira ia melihat kondisi Encik Talib. Setelah jejaka itu muncul pada pandangannya, maka turutlah dia berasa gembira melihat jejaka itu.

"Sudahkah engkau menemui orang yang menyelamatkanmu?" kata jejaka itu.
"Belum. Adakah engkau pernah melihat insan itu?" tanya Encik Talib.
"Tidak pernah. Tetapi aku yakin bahawa dialah penyelamatmu. Apakah yang engkau akan lakukan setelah bertemu dengan si fulan?"
"Aku mahu berterima kasih kepadanya dan akan ku berikan sesuku daripada hartaku kepadanya"
"Maka tidak perlulah ia akan hartamu. Dan perlulah kamu menyebut namanya untuk menghargai pertolongannya kepada kamu."

Encik Talib berasa keliru dengan jawapan yang diberikan. "Bagaimana aku mahu menyebut namanya jika aku tidak pernah mengenalinya?"
"Carilah pada setiap sudut hatimu. Akan ditemukan dengan jawapannya. 99 nama, 99 ertinya."

Maka Encik Talib terdiam.
".... Adakah...?" katanya.
"Betul," jawab si jejaka itu.
"Ya Allah"

"Dialah yang menghantar aku ke tempat kecelakaanmu maka aku yang mengeluarkan kamu dari tempat itu atas keizinanNya. Maka Dialah Penyelamatmu. Ketahuilah bahawa Dia yang menyelamatkan semua hambaNya termasuk dirimu.

Dialah Penyelamat bagi kesusahan.
Dialah Penyelamat bagi kebinasaan.
Dialah Penyelamat bagi kelaparan.
Dialah Penyelamat bagi kehausan.
Dialah Penyelamat bagi kemiskinan.
Dialah Penyelamat bagi kesesatan.
Dialah Penyelamat bagi kejahatan.

Maka mengapakah engkau mengambil masa yang lama untuk mengenaliNya? Sedangkan Dialah yang paling dekat denganmu dan Dialah yang selalu melindungimu. Adakah engkau sedar akan hakikat ini? Maka bersyukurlah kepadaNya dengan amal ibadatmu dan keimananmu," jelas si jejaka itu.

Encik Talib tertunduk malu. Tidak disangka Penyelamatnya begitu hampir dengan dirinya selama ini. Sesal terasa dihati. Kerinduan terhadap Penyelamatnya berputik lalu bercambah sehingga mengalirkan air mata. Lalu dia sedar dan ingin kembali kepadaNya.

PENGUKUHAN POST
Tidakkah kita mahu berjumpa dengan Penyelamat kita di akhirat kelak? Setelah segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Atau, adakah kita akan menjadi seperti melepaskan anjing yang tersepit, yang tidak pernah berterima kasih kepada Penyelamat kita? Wallahualam. Segala kebaikan datangnya daripada Allah Subhanahu wa ta'ala. Segala kelemahan datang daripada diri saya. Barakallahu fikum.

I am Eita
Community Member
  • [05/24/13 07:24am]
  • [05/24/13 07:22am]
  • [05/10/13 07:51pm]
  • [05/02/13 01:26pm]
  • [05/02/13 12:27pm]
  • [04/23/13 02:39pm]
  • [04/10/13 05:21am]
  • [04/09/13 07:56pm]
  • [04/06/13 09:23am]
  • [04/06/13 09:17am]



  •  
     
    Manage Your Items
    Other Stuff
    Get GCash
    Offers
    Get Items
    More Items
    Where Everyone Hangs Out
    Other Community Areas
    Virtual Spaces
    Fun Stuff
    Gaia's Games