Welcome to Gaia! :: View User's Journal | Gaia Journals

 
 

View User's Journal

Report This Entry Subscribe to this Journal
Apa2 Aje .w.
Jatuh Chenta Dengan Allah Dahulu, Boleh..?
Sekadar perkongsian. Utk diri saya sndri dan kawan2 jugak ^^

Post ini mungkin kurang relevannya dengan anda yang sudah lama dengan tarbiyah dan dakwah. Yalah, anda kan sudah berdakwah dan mentarbiyah, sudah buang jahiliyyah jauh-jauh, jadi post ini rasa-rasanya kurang sesuai untuk bacaan orang-orang haibat seperti anda.

Sarkasme. Senyum keji.

Ok kali ni saya nak sentuh sikit pasal isu kapel. Ya, isu cintan-cintun muntah hijau itulah.

Amboi, terus bulat mata anda kan..? Kalau isu-isu sebegini, bukan main lagi anda menunjukkan minat! Wahai..!

Apa-apa jalan, saya yakin sudah berjuta beloger, ostad-ostajah, budak lepasan sekolah agama, orang yang ikut bulatan gembira dan pelbagai lagi jenis manusia yang telah pon menyentuh isu ini. Uhm uhm. Ijinkan saya untuk memberikan sedikit pandangan daripada kaca mata yang sedikit berbeza.

Pertamanya, isu kapel ini tidak hanya melanda mereka yang huha-huha, mereka yang kononnya tidak faham Islam, mereka yang tidak bersama bulatan gembira dan mereka yang tidak puasa sunat Isnin Khamis. Eh. Tetapi isu ini turut menghantui mereka yang sepatutnya sudah faham dan jelas bahawa kapel ini haram. Hal inilah yang menarik minat saya untuk mengulas isu ini, meskipon sudah berlambak ulasan dan pandangan yang diberikan tentang isu yang sama.

Alasan yang diberikan oleh mereka yang terlibat dengan gejala ini tampaknya mudah dan remeh. Tapi ia sebenarnya menggambarkan masalah yang terperosok dalam, jauh lebih kompleks daripada apa yang kita sangkakan. Mari kita senaraikan satu-persatu alasan yang sering digunapakai untuk melampuhijaukan kegiatan berkapel ini:


1) "Alah bukan apa bang. Saya ni nak pastikan yang kami berdua ni 'terjaga.' Saling mengingatkan. Apa tu orang kata..? Kapel Islamik..? Haaa.."

2) "Ish ana risau lah kalau ana tak cop ukthi tu daripada sekarang ni, nanti ada orang lain yang kacau line..! Melepaaasss..!"

3) "Takde apa pon, nak berkenal-kenalan je. Macam mana kita nak kahwin dengan orang yang kita langsung tak kenal..?? Nak kenal hati budi dulu, perangai macam mana, sesuai ke tak dengan kita. Nanti bila dah kahwin, takdelah terkejut beruk!"

4) "Kami bukan buat apa-apa pon. Jumpa pon jarang-jarang. Mak ayah kami pon dah tahu tentang hubungan kami. Kami tahu jodoh tu Allah yang tentukan, tapi kami ni nak berusaha je. Insha-Allah kalau diizinkanNya, tak lama lagi kami nak mendirikan Baitul Muslim. Doa-doakan ye..?"

5) "Hekele. Apa masalah kau hah..?? Allah dah bagi hati dan tanamkan perasaan kasih sayang. Dan Allah ciptakan manusia tu berpasang-pasangan. Normallah kalau jatuh chenta ni! Apa kau nak nafikan sunnatullah alam..??"

Pengsan.

Ehem. Betulkan kolar dan tali leher. (Ya hari ini saya bertali leher. Memang sungguh kacak bergaya! Eh.)

Err. Bolehkan saya nak beri jawapan saya pada setiap alasan di atas..? Anda sudah bersedia dengan losen kalis api dan jaket kalis peluru..?

Baiklah.

1) Dalam Islam tiada konsep kapel Islamik. Jika ada, para sahabat, salafus soleh, tabi' tabi'en yang lebih faham dan hidup dengan al-Quran dan al-Hadith itu, pastinya telah berkapel terlebih dahulu. Tapi tak pernah pula dengar Saad bin Abi Waqas berkapel sebelum kahwin atau Imam Hassan Basri pergi bertemu janji di tepi Sungai Furat bersama bakal isterinya. Peluh.

2) Anda tak yakin ke dengan ketentuan Allah..? Dan berapa ramai orang yang saya kenal, berkapel bagai nak rak, berchenta bagai tiada hari esok, berkasih sehingga angin monsun Barat Daya bertiup pon tidak dipedulikan.. Tetapi akhirnya mereka bertemu jodoh dengan orang yang lain..?

Di sini ingin saya kongsikan sebuah kisah yang berlaku kepada seorang teman rapat saya sendiri. Bagaimana di kolej dahulu dia amat menaruh perasaan terhadap seorang rakan perempuan kami. Namun alhamdulillah, dia tidak pergi lebih daripada sekadar menaruh harapan dan perasaan. Di kemudiannya ke obesi melanjutkan pelajaran. Di sana dia aktif dengan gerakan Islam. Rakan perempuan tadi juga ke obesi, melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berbeza di tempat yang berbeza. Masing-masing tampaknya membawa haluan masing-masing. Seolah-olahnya kisah cinta gelap itu berakhir di situ.

Anda tahu apa kesudahan cerita mereka..? Alhamdulillah, baru-baru ini mereka sudah pon mendirikan rumah tangga. Subhanallah! Manis bukan..?

Kata kuncinya: SABAR. Dan sekiranya anda benar-benar minat pada seseorang itu, banyak-banyakkan berdoa dan adukan kepada talian hayat 24434 yang dibuka setiap hari tanpa cuti. Dan sekiranya ditakdirkan dia bukan jodoh anda, itu sudah menjadi ketentuan yang paling baik untuk anda. Sekiranya ya, jangan lupa jemput saya makan nasi minyak dan minum air sirap limau! Wahahaha.. Err.

3) Podaaaahhh! Itu asalan semata! Nak kenal konon. Lepas kenal, mulalah bermesej-mesej. Lepas tu mula gelak-gelak manja. Lepas tu mula keluar bertemu janji. Lepas tu mula berpegangan tangan. Lepas tu mula bercumbuan. Lepas tu berakhir dengan penzinaan. Lepas tu three. Eh.

Anda jangan tak tahu; permulaan zina itu adalah pada panahan berahi di hati. Sekali pandang, memang melayang. Kalau dilayan, memang tak keruan!

Jangan sesekali merendahkan bakat dan pengalaman yang ada pada iblis laknatullah dan konco-konconya dalam menyesatkan kita. Yalah, mula-mula dia bisikkan dengan bisikan rakan, kemudian dengan bisikan manja sebelum dibisikkan dengan bisikan asmara!

Ya, walaupon anda tidaklah sampai berzina fizikal di atas katil atau di belakang kereta, tapi zina hati itu juga suatu dosa tahu..?? Bayangkan anda berzina ketika solat, ketika membaca al-Quran, ketika membawa bulatan gembira dan ketika membaca maathurat. Tergamak anda melakukan perkara sekeji itu ketika pergi menghadap Tuhan..?? Astaghfirullahl adzim!

Kerana itu Allah menyeru kita supaya menjauhi zina, dan bukannya jangan berzina! Kerana penangan asmara dana itu sememangnya akan membuatkan kita sengsara derita..!

Saya tahu dan amat faham dengan apa yang saya katakan, kerana Allah telah membiarkan saya untuk belajar dengan cara yang keras (Baca: Learn the hard way). Tunduk malu sambil memotong bawang.

Dan dan.. Saya ada point ekstravaganza! Sudah ramai ikhwah akhawat yang saya kenali, yang mendirikan rumah tangga tanpa mengenali antara satu sama lain (selain daripada proses taaruf yang ringkas itu) dan alhamdulillah, perkahwinan mereka bahagia! Etlis daripada pandangan saya sebagai orang luar. Bahagia gembira dan memiliki cahaya mata yang gebu-gebu arrrgghhhh geram mahu cubit pipi dan perut mereka...! Err..

Kata orang, berchenta selepas kahwin itu lebih masyuk, tahu..?? Ohoi..!

4) Jawapan untuk alasan ini adalah gabungan antara hujah (2) dengan hujah (3). Eheh. Dengan sedikit tambahan:

Benar, jodoh juga perlu dicari. Kita perlu berusaha mencarinya. Bakal zaujah anda tidak akan tiba-tiba turun dari langit, lengkap berpakaian pengantin di hari pernikahan anda!

Tetapi biarlah usaha kita itu selari dengan kehendak syarak. Biarlah usaha kita dalam mencari teman hidup itu adalah dalam rangka kita mencari redhaNya. Dan biarlah usaha kita dalam mencari bakal ketua bidadari sorga kita (atau imam sorga untuk wanita) itu tidak bercampur aduk dengan dosa dan noda!

Kita mahukan sesuatu yang suci dan bebas daripada sebarang unsur yang syubhah dan mungkar bukan? Maka langkah pertama kita juga perlu suci dan bebas daripada sebarang unsur maksiat dan jahat! Tergamak anda mahu membina baitul muslim daripada asas pondasi yang tercemar dengan noda dan dosa..??

Kata orang, perjalanan yang panjang bermula dengan langkah yang kecil. Maka kalau kita mahu merancang perjalanan ke sorga, ia perlulah dimulakan dengan langkah yang diredhaiNya! Senyum.


Jadikan hubungan chenta anda itu bebas dari maksiat dan kekejian, dosa dan kemungkaran! [Kredit]

5) Ha, ini memang jawapan yang saya nanti-nantikan sejak sekian lama. Ehem. Anda sudah bersedia..?

Allah bagi hati dan perasaan kasih tu, sebenarnya sebagai suatu ujian. Allah nak tengok dan uji, sama ada dengan perasaan yang Allah beri itu, kita akan gunakan untuk jatuh chenta denganNya atau jatuh chenta dengan makhluk lain dahulu!

Benar dalam hati ada taman. Benar dalam hati ada bunga. Namun taman itu perlu ditanam dengan benih-benih bunga chentaNya sebelum benih-benih bunga kechentaan pada yang lain!

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seseorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api."

[Hadith Riwayat Bukhari]

Ya, ia satu ujian. Perasaan chenta ada suatu perasaan agung yang mulia. Maka perasaan sehebat itu sewajarnya disalurkan kepada Yang Maha Agung pula!

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya."
[al-Kahfi, 18:7]

Nah, bukankah wanita itu merupakan perhiasan bagi seorang lelaki? Dan wanita juga sering menjadi fitnah besar kepada seorang lelaki..??

Terbukti, perasaan chenta yang terbit daripada hati itu hanyalah suatu ujian, untuk menilai siapa di kalangan kita yang lebih beriman!

Maka saya ingin mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama jatuh chenta berguling-guling dengan Allah dahulu, sebelum sesuatu yang lainnya. Kerana sesungguhnya kita punya terlalu banyak sebab dan alasan untuk jatuh chenta padaNya.

Allahlah yang memegang hati-hati kita. Dia juga yang memberikan rasa chenta. Maka selayaknya Dialah yang kita chentai dahulu.

Allahlah yang memegang hati-hati manusia yang lainnya. Maka sekiranya kita mahu menchentai mereka, chentailah Allah terlebih dahulu, kerana pasti Dia tidak akan mengecewakan kita.

Allahlah yang telah memberi sejuta satu nikmat kepada kita tanpa harga dengan percuma! Dan walau kita seringkali menjadi hambaNya yang derhaka, Dia tetap mengasihi kita sepenuhnya tanpa syarat mahupon denda! Nah, bukankah itu sudah cukup untuk menjadikan kita jatuh chenta..??

Allahlah yang menjadi tempat mengadu kita di kala hati berduka dan jiwa terseksa. Dia punya cara yang tersendiri untuk merungkaikan kegelisahan di hati dan keserabutan di kelapa. Dan kita sering berjumpa dengan ketenangan yang dicari dengan kita kembali kepadaNya.

Dan Allah tinggalkan kita dengan ayat-ayat chentaNya yang penuh dengan sentuhan-sentuhan yang membasahkan jiwa. Dia turunkan ar-Rasul sebagai guru chenta kita semua. Aduhai, bukankah itu manifestasi agung kechentaan Dia kepada kita..??

Tidak cukupkah lagi sebab dan alasan untuk kita tidak menchentaiNya sepenuh hati kita..? Belum sampaikah masanya untuk kita mencurahkan segala isi hati dan kechentaan kita padaNya sebelum sesuatu yang lainnya..? Dan tidak malukah kita, betapa Allah menchentai kita sesungguhnya dan kita langsung tidak peduli untuk membalas chentaNya..??

"...Bila kamu mendekati AKu satu jengkal, Aku mendekatimu satu hasta. Bila kamu mendekati Aku satu hasta, Aku mendekatimu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari."

[Hadith Riwayat Bukhari]

Allahu Allah. Senyum, air mata mengalir perlahan.

Chentailah manusia sepenuh hatimu, dan tidak mustahil kamu akan dikechewakan. Tetapi cintailah Allah sesungguhnya dan sepenuh perasaan, yakinlah, Dia tidak akan mengechewakan..!

Bagaimana..? Kita jatuh chenta dengan Allah dahulu, boleh..?smilies/icon_heart.gif


Kredit to : Inche Gabbana

I am Eita
Community Member
  • [05/24/13 07:24am]
  • [05/24/13 07:22am]
  • [05/10/13 07:51pm]
  • [05/02/13 01:26pm]
  • [05/02/13 12:27pm]
  • [04/23/13 02:39pm]
  • [04/10/13 05:21am]
  • [04/09/13 07:56pm]
  • [04/06/13 09:23am]
  • [04/06/13 09:17am]



  •  
     
    Manage Your Items
    Other Stuff
    Get Items
    Get Gaia Cash
    Where Everyone Hangs Out
    Other Community Areas
    Virtual Spaces
    Fun Stuff
    Gaia's Games