Welcome to Gaia! :: View User's Journal | Gaia Journals

 
 

View User's Journal

Report This Entry Subscribe to this Journal
Apa2 Aje .w.
Hati Manusia, Allah yang jaga
COPY AND PASTE JE~

Hati Orang ni, kita takboleh jangka.

Macam hati kita jugak. Kadang kita tahu apa kita nak, kadang kadang taktahu.

sampai kadang kadang memang rasa, Allah je yang tahu apa dalam hati kita, mahupun orang lain.

Hubungan Allah dan hubungan kita dengan manusia memang akan berkait.

Bila hubungan dengan Allah betul betul elok dan benar, inshaAllah hubungan dengan manusia takde masalah.

kat sini, bukan lah kata takkan ada org tak suka kita. Takkan ada orang yg boleh sangka buruk or buat jahat kat kita.

tapi, ia nya hubungan/layanan kita terhadap orang : cara cakap, cara layan, mudah maafkan/minta maaf, mudah berterima kasih. segala yang ma'ruf tu la. Mungkin kita ada TER buat salah tanpa sengaja. ada hati TERsakit atas kata/kata atau perbuatan kita.

andai tahu, ringankan je mulut utk mintak maaf. Allah tahu hati siapa benar benar ikhlas dan bila Allah dan kita ada hubungan yang baik, Allah akan permudahkan.

mungkin orang yg buat salah dengan kita akan terbuka hati. atau org yang kita terbuat salah tu, kita turunkan ego utk meminta maaf.

Bagi setengah orang, mungkin niatnya baik tapi cara salah. bila cara salah. Bukan hati takmahu terima, tapi hati kita tersilap menilai hati org. senang senang berkata kasar, senang senang berkurang ajar, senang senang bg layanan " eh i know better, kau tahu apa, kau buat salah, aku yg betul. jd walau cara aku salah, tp niat aku betul, jadi kau kena terima je.There's now way la nak mintak maaf"

Tak, tak jalan macam tu.

Dosa dengan Allah, andai bertaubat, Allah ampunkan InshaaAllah. Dosa sesama manusia? Kalau betul dia terasa kat hati. Boleh kena virus hati kita juga. Mungkin dia ada buat salah tapi masa sama,Kita dah buat salah, tapi tanak mengaku/ tanak mintak maaf. Biar kita jadi orang yg minta maaf dan maafkan.

Allah kan tahu semuanya. Allah kan tahu hati kita. Jadi takkan pernah rugi utk berhati hati . kita hidup bermasyarakat. kalau susah nak tolerate dan respect. Susahlah jugak dapat kat kita. Kalau Allah nak bagi cash, senang je nak bg orang buat balik kat kita.

Tapi itu pun kira ok. kalau kena kat akhirat? NAUZUBILLAH.

Mintak pada Tuhan. Jaga lah hati aku, hati dia, hati semua. InshaaAllah DIA pemudahkan segala urusan atau niat kita pada seseorang.

Orang boleh kata. boleh caci. boleh suka suka je sebar fitnah melulu macam habis tahu segalanya. macam memang sedara dah. tahu setiap perkara yang berlaku dan apa yang difikarkan.
Tapi tulah, hati orang. Mak pesan, Allah yang pegang. Allah yang jaga.

Jadi perlindungan tu mintak kat siapa? Yes DIA. Ada satu masa , bila orang yg kita berbuat baik tu tak buat benda yang sama, kita rasa mcm " Eh serious malas nak jadi baik dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati."

Tapi bila fikir balik, kalau dia beri tahi pada kita , dan kita beri balik. kita lagi takde akal. walhal, segala yang baik tu Allah tahu. Bukan dia, Allah akan bagi balik. Kalau tak dunia , kat akhirat. mungkin dua dua. mungkin bukan orang tu tapi Tuhan bg org lain yg kita tak pernah sangka yang akan buat baik sangat pada kita. Rezeki. Kita bukan tahu dr ceruk mana nak datang. Kan?

Berterima kasih. kadang kadang bukan tentang berkira. tapi setiap manusia, suka bila dihargai. rasa jadi manusia berguna atas muka bumi. magik. besar mana pun seseorang tu buat , bila dapat ayat ringkas je . "terima kasih." , cukup. cukup rasa dihargai dan lagi rasa tergerak hati tu utk buat sesuatu. ikhlas tu makin rasa kuat. lagi rasa senang hati.

Macam setiap inci setiap perkara walau kecil mana pun Allah bagi, bila kita tgk setiap bucu hidup kita, bila bersyukur. Allah bagi lebih. Kan?

syukur,bukan hanya kata kata tapi minta tuhan. dalam doa. " jaga hati aku. jaga akhlak aku. andai diberi kelebihan walau pun satu, izinkan hati aku bergantung hanya pada yang SATU. jadi khalifah yang berguna." solat, tiang. mungkin kat dunia, ada org ada segalanya. diorang kata chill. tapi bila tetibe rasa tak tenang terus kata hidup ni tak adil.palat. semua benda tah apa apa. terus salahkan takdir. terus rasa nak mati. padahal. waktu Tuhan bagi segala yang kau minta, ada sujud dan hargai pemberian DIA? *hah setepek kena kita kita ni kadang kadang leka*

aku dengar mak & kawan kawan dia borak. aku ada kat situ. pendengar. pemerhati. mcm mana orang orang yang hebat. yang byk berbakti pada masyarakat. popular. kaya raya. semua ada. tapi, hati tak tenang.

Hm . ha'ah.Jauh. Tiada Tuhan dalam hati. Tahu, Tuhan tu ada. tapi tak pasti. pada siapa dan apa.jadi hubungan hati dengan hati dengan YANG MAHA ESA tu, tiada permulaan. maka tiada pengakhiran. hati meronta je, " aku dah buat segala perkara baik, tapi masih hati tak tenang. rasa semua serba tak kena."

"Allah je tahu siapa yang benar benar MENCARI hidayah." manusia lain nampak orang tu sedang cari hidayah. Tapi well, Allah je yang tahu.

lagi sekali.

kira pemberian. bukan ujian. orang ada macam macam. orang bukan sempurna. orang kadang kadang lupa. dan orang tu kita pun sendiri. Takboleh nak expect semua yang kita sangka orang akan buat. macam kita pun, bukan kita buat selaga yang org expect kan. jadi, bagi yang terbaik. seboleh bolehnya jangan cari pasal dengan orang kalau " pasal" tu kita tak suka org buat kat kita.

nak menangis ke apa. menangis je. sebab kadang kadang menangis bukan sebab lembik, tak kuat. tapi sebab kuat tu la. kita menangis dan adu pada tuhan instead of meroyan and sebar pada semua orang. masalah kita pun sebenarnya, bukan semua orang faham. tup tup disalah ertikan pulak. Biar org nak assume apa dari terbuka aib diri sendiri & orang lain. At the end, truth will reveal. Allah janji,

ingat ni je. apape yang Allah bagi. baik buruk. kalau kena cara kita tangani. Allah upgrade Iman kita. susah. tahu. but well, tak susah tak bernilai. ye dok?

" How wonderful is the case of the believer ( orang2 yang beriman). There is good for them in everything and this applies only to a believer. If prosperities ( good thing) attends him, he expresses gratitude (grateful) to Allah and that is good for him. And if adversityn(bad thing) befalss him, he endures (face,handle) it patiently and that is better for him." - Riwayat Muslim.

sebak. aku memang orang biasa. yang ada masa lampau. ada salah silap tersilap. yang aku rasa mcm aku memang harap aku tak pernah buat this and that. Tapi kalau takde lampau, takdelah sekarang dan akan datang. Bila tgk kelebihan orang lain, ingat. kita pun ada. bila tgk kesusahan kita, ingat, orang lain ada lebih teruk.

Cakap pasal palestine. kerap aku dengar lagi lagi org yang ke sana. walau ujian mereka tak terkira. senyum masih di muka. layanan baik masih diberi hati terbuka. well, semestinya. sebab diorang ada ALLAH dalam hati mereka. Aku nak menangis. ini yang kita kata, mungkin tak kenal tak pernah jumpa. tapi aku jatuh cinta pada mereka.

itu yang kita kata orang yang kuat. thought yang datang dan rasa, ini yang betul betul kita kata orang yang indah. terima dan redha , hati diorang tenang. bukan tak risau. tp itu yang kita boleh panggil. kehidupan. hati diorang "hidup." INDAH. YA ALLAH.


Better late than never
.


Kadang kadang bila kita minta sesuatu utk dimiliki pada Tuhan dan diberi hint itu bukan terbaik utk kita, mungkin dah tiba masa minta miliki hati yang Redha & minta hanya yang terbaik dariNYA.


I am Eita
Community Member
  • [05/24/13 07:24am]
  • [05/24/13 07:22am]
  • [05/10/13 07:51pm]
  • [05/02/13 01:26pm]
  • [05/02/13 12:27pm]
  • [04/23/13 02:39pm]
  • [04/10/13 05:21am]
  • [04/09/13 07:56pm]
  • [04/06/13 09:23am]
  • [04/06/13 09:17am]



  •  
     
    Manage Your Items
    Other Stuff
    Get Items
    Get Gaia Cash
    Where Everyone Hangs Out
    Other Community Areas
    Virtual Spaces
    Fun Stuff
    Gaia's Games