User Image
Selamat Datang ke Guild - MALAYSIA - !

Maklumat guild : Guild rasmi untuk rakyat Malaysia
Tarikh penubuhan : 21/11/2010 - 2017 (sekarang)
Jumlah keahlian : 1015 orang
Tempat lepak rasmi: Padang Rumput


Guild ini bersekutu dengan:

1) ChatRoom - MALAYSIA -
*Cawangan guild - MALAYSIA - (guild ini) yang menyediakan Padang Rumput (tempat lepak rasmi) sahaja untuk semua ahli

2) Malaysian Survivors

3) Malaysia Fans Guild


FAQ:

Q: Siapa yang boleh menyertai guild ini?
A: Kami terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama. Jikalau anda boleh membaca teks ini bermakna anda layak untuk menyertai, kerana kami mempraktikkan penggunaan bahasa Malaysia di dalam guild ini.

Q: Apa yang ada di dalam guild ini?
A: Macam-macam ada! Boleh semak di Guild Overview (coming soon!) atau forum kami untuk info lebih lanjut. Kami akan "update" dari masa ke masa apabila ada acara yang dibuat di dalam guild ini.

Q: Bagaimana saya boleh menyertai guild ini?
A: Anda dikehendaki untuk "copy & paste" dan isi borang pemohonan mengikut format dibawah apabila menghantar "Join Request". Borang pemohonan akan ditolak jika permohonan tersebut tidak diisi dengan jelas. Ini adalah untuk memastikan anda faham dengan penggunaan bahasa Malaysia.

Q: Apa yang perlu saya lakukan selepas permintaan menyertai guild ini telah diterima?
A: Anda disarankan untuk melawat Peraturan dan Undang-undang Guild dan perkenalkan diri di Forum Perkenalan Diri. Daripada forum tersebut kita semua boleh berkenalan antara satu sama lain.

Q: Perlukah saya terlibat di dalam semua aktiviti?
A: Tidak menjadi satu kewajipan, terpulang kepada anda. Kami tidak memaksa sesiapa untuk sentiasa "online" dan menyertai semua aktiviti. Tetapi untuk meriahkan guild ini, apa salahnya kan? Mungkin anda akan berpeluang untuk berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang menarik di sini.

"Copy & Paste" Borang Permohonan dibawah, isi dan hantarkan kepada kami dengan segera !
Nama :
Negeri :
Dari mana anda jumpa kami? :
Apa yang kami boleh bantu anda? :
zOMG TC/CL (jika ada):

**Peringatan: untuk menjaga privasi, jangan letak nama penuh dan alamat penuh rumah.